Alhamdulillah
hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan
limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Suria binti
Embong,Pensyarah matapelajaran Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga
mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan
ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan
tugasan ini.
Sejajar dengan
anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Padadewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap
sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
Tidak lupa
kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan dan wang
ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini,tanpa sokongan dan dorongan kalian
mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugas ini dengan sempurna serta rakan
rakan yang lain.malah jutaan terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan yang
sama sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar tukar
idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan ini juga ditujukan
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Akhir
sekali,harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggunjawab
bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.selain itu juga,harapan kami agar
dapat memnberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca
agar kami sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyamaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam keadaan masyarakat
setempat khususnya.
No comments:
Post a Comment