Pembicaraan Al-Quran tentang alam semesta ditemui dalam ayat-ayat Al-Quran lebih daripada 1000 ayat yang terkandung dalam beberapa surat. 461 di antaranya berkaitan dengan bumi (bentuk bulat bumi, orbit bumi, putaran bumi dan pembagian wilayah bumi serta isi kandungannya). Sebahagian ayat berkaitan dengan penciptaan alam semesta, dan peredaran bintang-bintang di angkasa, galaksi dan akhir dari alam semesta ini. Termasuk mengenai penciptaan matahari yang lebih awal dari penciptaan bulan.
Selain itu, pembicaraan Al-Quran tentang alam ini masih
bersifat garis besar atau prinsip-prinsip dasarnya saja, kerana Al-Quran bukan
buku ilmu pengetahuan yang umumnya menghuraikan penciptaan alam semesta secara
sistematik. Kerana itu untuk mempunyai gambaran yang jelas tentang bagaimana
kejadian-kejadian itu dibentangkan, kita harus mengumpulkan bahagian-bahagian
yang berasingan dalam beberapa surat.
Ayat yang menjadi acuan utama mengenai penciptaan alam
adalah surat al-Baqarah: 117, yang berbunyi :
بديع السماوات والأرض وإذا قضى
أمرا فإنما يقول له
كن فيكون
Yang bermaksud : "Allah Pencipta langit dan bumi, dan
bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya
mengucapkan kepadanya" jadilah "lalu jadilah ia".
Ayat ini menegaskan bahawa Allah pemilik mutlak dari alam
semesta dan penguasa alam yang tidak dapat disangkal, di samping pemeliharaanya
yang Maha Pengasih. Kerana kekuasaan-Nya apabila Ia hendak menciptakan bumi dan
langit, Dia hanya berkata "jadilah".

No comments:
Post a Comment